Durian oh durian
Semalam telah pulang ke kampung sebelah emak setelah berkali-kali makcik Tijah menelefon, "Kome balik la, amik deroyan banyak ni". Begitu bersemangat makcik. Makcik Tijah pemilik tanah bersebelahan dusun emak. Jadi setiap kali musim buah, dia akan tolong mengutip buah-buah durian yang gugur. Kalau sedikit, biasanya emak sedekahkan saja pada dia. Musim kali ini, agak lebat pula. Makcik Tijah pun dah tak larat makan. Maka, semalam bersemangat la kami balik ke kampung di Parit untuk mengutip durian.
Pergi ke dusun rasa macam buat 'workout' pula. Untuk ke dusun emak, kena merentas dusun Makcik Tijah dulu. Aduh, jauh juga berjalan. Mana nak mengelak selut, kerengga dan pacat lagi. Makcik Tijah 'the leader' berjalan punya laju. Sambil bawa parang lagi untuk membelah durian nanti. Sempoi pakai kain batik dengan baju kurung kedah saja. Saya bertanya umurnya. Sudah 72 tahun! Tapi cergasnya, masyaAllah. Tabik betul dengan Makcik Tijah. Orang sudah biasa kerja kuat, malah boleh nampak urat-urat di kaki dan tangan. Rasanya memang tiada lemak malas langsung di badannya.
Hasil kutipan durian kami, dapat dalam 15 biji. Excellent! Di rumah adik Makcik Tijah pula ada beberapa balang tempoyak hasil dari durian dusun emak juga. Wah, sakan. Hehe. Nampaknya kena pakai mask sepanjang minggu ini. Kalau tak, kesian patient kena ambil bau nanti. Haha=p
Siapa yang tidak suka durian? Ish2, ruginya. It's the king of fruits guys! Sesungguhnya saya tidak faham orang yang suka makan ikan patin masak tempoyak, suka makan cucur durian, suka makan kuah durian cicah dengan roti paun (nyum, lazatnya=p) tetapi tidak suka makan buah durian. Duh, sama je kan.
Anyway, ada banyak fakta menarik mengenai durian sebenarnya. Typhoon durian pun ada tau. Sila lah baca di sini, di sini dan di sini. Saya malas mahu kumpul dan rumuskan. Mahu pergi makan durian la. Hehe=p





2 comments:
huu..jelesnya, musim durian di sini masih belum tiba..setiap hari terliur dgn durian..kuah durian la, cucur durian la..kejam sungguh org yang me'liur'kan sy itu =p
makcik tijah, simpan durian untuk saya juga, huhu...
p/s: syoknya sambal tempoyak =)
hehe..syoknya sambal tempoyak eh..tumbuk cili api, mkn dgn nasi panas2..nyumm..erk,me'liur'kan lg ke?=p
teringat kite mkn patin msk tempoyak kt temerloh tu wak..lazat amat!
Post a Comment