Sometimes I wish that I was the weather,
you'd bring me up in conversation forever.
And when it rained, I'd be the talk of the day.
~ John Mayer
Lebatnya hujan siang tadi. Lebih lebat dari hari-hari sebelumnya. Tapi memanglah hari-hari wajib hujan di Taiping ini. Apalah Taiping tanpa hujan. Hehe.
Semalam saya berpeluang tengok Shopaholic the movie. Boleh tahan. But let's just say that I laugh more reading the books. Dan obsessivenya Rebecca dengan shopping lebih dirasai dalam buku. Tapi saya faham, filem ini cuma bersandarkan dua tajuk dari siri itu. Tidak mungkin la boleh sama kan. Terlalu panjang dan kompleks untuk diterjemahkan dalam filem nanti. Please read the book though guys. Seriously good!


Then finally I got this book! Buku motivasi yang begitu diperkatakan. Untuk adik saya yang sudah lama kepingin. Masa mula-mula dia belek buku ini, dia tak cukup duit pula. Saya jeling-jeling sahaja sambil buat mental note untuk jadikan hadiah hari lahir dia. Tapi bila saya seorang pergi lagi sekali sudah habis stok pula. Akhirnya jumpa buku ini masa bersuka ria di Penang semalam (ada diskaun lagi=p). Hari lahirnya dah lepas tiga bulan yang lalu. Kali ini saya hadiahkan sempena tamat kursus DPA dia la. Diam tak diam sudah enam bulan dia berkursus di INTAN Bukit Kiara.
Semua pasti maklum tentang pilihanraya Bukit Gantang yang bakal berlangsung esok. Semenjak hari penamaan calon, sudah sesak bandar Taiping ini. Kejap-kejap helikopter berlegar-legar. Kejap-kejap bunyi siren polis. Sekarang selalu kelihatan polis dengan motor besar canggih-canggih buat rondaan ataupun mengiringi kereta besar-besar orang kenamaan yang tidak dapat dipastikan siapa memandangkan cermin kereta gelap sangat. Oh, tapi saya pernah nampak Sultan Azlan yang kacak! Kebetulan rombongannya melintas jalan bersebelahan saya. Tapi dulu-dulu la, bukan sempena pilihanraya ini. Hehe.
Hujan sudah berhenti. Tapi saya pasti malam ini pasti sejuk seperti malam-malam sebelumnya. Pakai selimut pun tak cukup. Tapi kalau tutup kipas, nyamuk pula. Mungkin perlu pakai stokin pula untuk lebih menyimpan haba. Hehe.
I guess that's all for now. Sangat berharap patient di klinik tidak ramai esok kerana pergi mengundi. Haha. Saya pula tidak terlibat untuk mengundi bagi pilihanraya ini. Bagi yang terlibat, jalankan tanggungjawab anda. Selamat mengundi!
5 comments:
saya akan kurang mendaftar untuk bilik enam ye... saya akan usir mereka pulang sekiranya tiada temujanji... he.. :P
hehe..kan dah kata, rugi basuh kereta time2 ni, bukan sy yg mengelat eh =p
dan selamat menyimpan haba secukupnya malam ni...jaga kesihatan selalu ye =)
peah, sape nama adek ko? die kat kementerian ape?
siti: ku tuntut janji2 manismu..hehe
awak: oo..gem xpe lak..ngelat!=p
suria: ko pn PTD eh? adik aku Mai Nurulhuda..posting pej. tanah, taipg..blm msk kementerian
owh, ptg taiping..haah, selain aku, hailwa dan sareque jugak...
Post a Comment