Tuesday, September 8, 2009

~Ramadhan 1430H



Sedar tak sedar dah separuh Ramadhan kita lalui. Fuh, cepat sungguh rasanya tahun ni. Kali ini juga kali ketiga saya berpeluang berpuasa sebulan Ramadhan bersama ibubapa. Sebelum ni bekerja di perantauan hampir dua tahun. Sebelumnya lagi menuntut ilmu dan duduk di asrama. Paling jauh di Johor lah semasa sekolah menengah. Maksudnya saya telah berjauhan dengan keluarga sejak umur 13 tahun. Mudanya *tsk*. Sekarang Alhamdulillah, memang seronok hari-hari dapat sahur sama-sama, petang balik kerja dan ambil Cikgu Siti Saudah (mak saya;p) pulang, kemudian masak sama-sama. Seronok weh. Masa duduk dengan ibubapa ni la nak belajar masak sungguh-sungguh dan ambil tips-tips hebat di dapur. Heh. Lepas berbuka pergi solat terawih sama-sama. Walaupun buat 8 rakaat saja, rasa gembira solat sebelah mak. Kemudian balik rumah lepak depan tv makan pula apa kuih-muih, bihun goreng atau aiskrim yang ada. Hee.


Alololo~ Khusyuk habis=p

Tapi tak dinafikan berpuasa di STF dulu sangat la seronoknya. Begitu juga semasa di matriks (which is at Kolej Chermai, Bahau. Sangat pedalaman I tell you. Ada satu je kantin untuk student. Siap nasi, lauk semua bungkus dalam plastik yang macam kat kedai runcit tu je sebab kantin nak reduce kos polisterin. Macam kelakar bawa nasi dalam plastik=p) dan di UKM yang hebat sikit sebab kampus di HKL sangat dekat dengan Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang dan bubur lambuk Kg Baru yang enak. Berpuasa dengan rakan-rakan seangkatan yang seronoknya bila nak berbuka sama-sama cari makanan, buat air sirap atau oren tropika sunquick satu jug letak ais banyak-banyak. Kadang-kadang gigih nak juga masak. Gorengla nugget atau telur dalam rice cooker. Paling hebat siap masak tomyam lagi. Memang multitasking sungguh rice cooker waktu itu. Hehe.

Saya paling suka nasyid Ramadhan yang ini. Ramadhan Bulan Berkat by Hijjaz. Sungguh menyentuh hati lirik dan melodinya. Antara nasyid yang sering kami nyanyikan di surau STF dulu sementara menunggu waktu solat.




Sambil kita melalui Ramadhan dengan tenang tahun ini, ada umat Islam yang bertimpa dugaan mendatang. Gempa bumi, kebakaran, kematian anak di tangan saudara sendiri, putus jari. Tapi yang putus jari itu memang sengaja mengundang dugaan. Sampai bila baru capai sifar putus jari pada Ramadhan dan musim raya entah lah. Jadi kita yang setakat diduga sikit-sikit ini bersyukurlah (e.g: letih bekerja dan berpuasa atau kempunan makan Nandos misalnya=p). Saya sendiri bersyukur masih punya ibubapa, sihat dan sempurna tubuh badan, punya rezeki yang cukup, punya rakan-rakan di sekeliling, punya kehidupan sebagai seorang Islam dan punya si dia yang jauh di mata dekat di hati. Hehe ~o(^_^)o~

Jadi apakah azam anda pada Ramadhan tahun ini? Harap-harap bukan sekadar menurunkan berat badan saja ye. Sekadar peringatan untuk diri saya juga. Bilakah agaknya saya mampu memaksimumkan ibadah di bulan Ramadhan. Hmm. Akhir kata, rasanya masih belum terlambat saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat mengimarahkan Ramadhan tahun ini kepada semua =D



:: Gambar-gambar dan video, terima kasih En Google dan YouTube.

:: I am totally excited this week for our exciting plan with his family at the end of this year is confirmed! =D Passport done, tickets bought. Ke manakah kami? Tungguuu. Will update the details later.

3 comments:

aryuelz said...

hehe..betul2..sila rajin belajar dan ambil tips2 hebat di dapur bersungguh-sungguh dari puan saudah ye, hehe..

sy berpuasa kt perantauan lagi..sedih dan jelesnya, huhu =p

yongE said...

oh..suka lagu hijaz tuh juge..arituh dgr kat tv.. rase syahdu banagt....

~maiefa said...

mr aryuel: sy dh terer dh, jgn risau =p

alolo, jgn la sedih. kan ada gmbr2 masakan pengubat rindu. hehe


yong: syahdu kan. kat stf dulu bersungguh aku kalo nyanyi lagu ni =p