Wednesday, February 17, 2010

Cerita lalu

Ok. Sudah dua bulan tapi masih tidak update cerita jalan2 NZ. Kami pergi selama dua minggu, terlalu banyak nak cerita rasanya. Tangguh punya tangguh sebab tak tahu nak mula dari mana. Baik lah, mengaku saja. Sebenarnya saya malas. Hee. Biarlah ia menjadi pengalaman manis kami sahaja.

Ampun.

Lain kali dalam post yang lain, mungkin saya akan bercerita dan relate kepada NZ bila ada kaitan. Kalau begitu sekarang kita tengok gambar saja lah.
Saya eksyen saja, ambil gambar di universiti orang. Di Otago tiada bidang optometri.

Suka sangat buildings kat sini. Masa ni tengah tunggu Wani ambil jubah graduasi dia. Rasa macam dalam cerita Harry Potter. Hehe.


Seriously Harry Potter


The next day. In front of Dunedin Town Hall. Konvo sudah! Congrats Wani. Or should I say Dr Syazwani =)

Apakah?

Lepas konvokesyen, kami pergi bergambar di Dunedin Botanic Garden.

Post graduation the next day. Sebelum meninggalkan Dunedin.

Bawah ini gambar semasa hari konvokesyen. Otago tiada dewan besar jadi majlis diadakan di Dunedin Town Hall. Pekan Dunedin yang cantik dan tenang ini kecil saja. Jadi bakal graduan ada Graduation Parade, mereka berjalan kaki saja dari universiti ke town hall. Kiranya satu cara mereka diraikan juga la. Siap ada band piping bag dan pensyarah semua join sekali. Seronok ah sebab penduduk setempat yang tengah shopping2, keluar lunch, pun sama-sama berbaris di tepi jalan hendak melihat parade ini.


Sekian tayangan gambar hari ini.
Nite y'all!

No comments: