Thursday, February 4, 2010

Childhood

Petang tadi pulang kerja, ternampak layang-layang putih terbang tinggi melayang. Wah, seronoknya. Kemudian ternampak la si pengemudi layang-layang. Alahai, ketot saja. Dua orang budak lelaki lebih kurang umur 6 tahun, terkedek-kedek berlari mengejar bayang si layang-layang. Seorang budak perempuan kecil comel pula duduk di atas basikal 3 roda warna pink seronok memerhatikan mereka. Adik beradik mungkin.

Seronoknya melihat ekspresi muka mereka. Sesungguhnya mereka sedang keseronokan yang amat tanpa perlu risau dengan dunia di sekeliling mereka. Gembiranya mereka ketawa dalam dunia mereka. Riang-ria main layang-layang. Malam nanti nak tidur fikir esok mahu main apa pula. Seronoknya zaman itu!

Ingat lagi masa kecil dulu terutamanya sekolah rendah, saya dan adik beradik boleh tahan nakal. Selalu saya la ketuanya. Masa itu adik saya kecil lagi, ikut je cakap kakaknya ini. Kakak saya pun ikut je idea-idea saya. Kami kena kreatif sebab masa tu mana ada mainan yang canggih-canggih. Patung-patung pun kena kongsi. Ayah bukan orang senang nak pamper kami dengan mainan. Paling ingat patung kertas yang guna kertas keras tu, yang kena koyakkan dari kad saiz A4 sekali dengan baju-baju kertasnya. Baju-baju dengan kasut patung tu kita pasangkan/sangkutkan pada patung dengan lipat sisi-sisi tepinya. Bila jemu dengan baju yang dah ada, pandai pula lukis, warna dan buat baju sendiri. Banyak juga koleksi baju-baju kertas kami. Jimat kos dan merangsang minda kreatif. Masa itu dah tunjuk minat mendalam terhadap fesyen dah. Haha.

Masa itu juga suka sangat main khemah-khemah. Tapi rumah saya mana ada khemah. Bagaimana? Ha, bila mak dengan ayah tiada di rumah kami telangkupkan kerusi sofa rotan lepas itu selubung kerusi itu dengan kain selimut. Jadilah khemah! Hehe. Masing-masing buat khemah sendiri kemudian duduk la dalam tu berangan camping dalam hutan atau baca buku cerita atau main anak patung. Nanti dengar je bunyi kereta ayah dah balik, kelam kabut angkat balik kerusi, lipat selimut bagai. Masa itu umur saya dalam 10 tahun agaknya. Adik saya baru 8 tahun. Bayangkan ketot-ketot ni gigih menelangkup mengangkat kerusi. Tapi selalunya berjaya la kemas ekspres ni. Baiikkk anak ayah. Kalau cerita kat ayah sekarang mesti dia terkejut. Hehe.

Tapi ada juga sekali kami kantoi main permainan tahap kreatif sangat le tu. Ada satu meja rotan yang satu set dengan kerusi rotan 'khemah' tadi. Meja tu atasnya kaca dan kami ada satu bola kecil. Saya dengan adik atau kakak (tak ingat yang mana culprit lagi satu=p) angkat hujung meja itu seorang satu dan golek-golekkan bola kecil itu konon-konon macam konsep snooker la tapi tiada stick. Kalau dapat angkat hujung lagi tinggi dan bola golek ke pihak lawan, kira score la. Punya la excited terjerit-jerit angkat meja tinggi-tinggi golek bola, sekali terlepas pegang. Apa lagi, berkecai seribu kaca meja. Ini macam mana nak kemas ni. Mission impossible! Redha je la kena rotan lepas tu. Hehe. Tapi ayah saya adil. Dia tak rotan ketua saja, semua sekali kena rotan. Zass!

Ya, ayah saya garang. Rotan kat rumah kami dulu dari elok bentuknya sampai jadi berbilah-bilah. Bila terpecah-pecah macam itu, lagi la sakit. Selalunya kami kena rotan dekat betis. Memang selalu la kena rotan. Tapi tak serik-serik juga. Nanti-nanti ada lagi kerenah memeningkan kepala ayah saya. Hehe.

Tapi garang-garang ayah saya, dia suka luangkan masa bermain dengan kami. Terutamanya board games macam Sahibba yang fun sungguh itu, Monopoly pun fun tak ingat sebab ada kuasa membeli biarlah duit palsu pun. Snakes and ladders pun ayah main dengan kami. Sweetnya ayah. Permainan favourite ayah ialah carrom. Memang ada carrom board di rumah kami. Tapi saya tak pandai sangat aim dan jentik buah carrom. Selalu kalah dan selalu kena buli dengan ayah sebab dia memang hebat main carrom. Posisi buah carrom tu senget mana pun dia masih boleh jentik masuk lubang. Salah satu bakat yang tidak diwarisi oleh saya. Kecewa ayah. Hehe.

Hai, seronoknya mengenang kisah-kisah childhood ini. Saya nak pergi tanya ayah sekejap, ada tidak memori sofa 'khemah'? =p

2 comments:

CikJa said...

heheh.. ye aku juga suka buat khemah sendiri.. kalau cuti, habis lah rumah nenek kitorg tunggang terbalikkan..ye laa tade adik-beradik pompuan, so kena tunggu sepupu balik, baru bleh main.. patung kertas tu, tak yah ckp lah.. aku igat mak + makcik + nenek pun tak larat dah nak marah kitorang..apa taknya, pakcik pun join skali kadang2 muahahah.. syok.
pastu buat layang-layang pakai surat khabar.nak bli tade duit.. tp bes je main, kan?

~maiefa said...

ieja eh? hehe. tak sangka ada geng khemah=p yup, biarla tak mahal tp perasaan main tu sgt best..