Transisi
Brrr. Sejuk betul klinik ni. Sejak mula berpuasa makin menjadi-jadi kesejukkannya. Maklumlah, proses metabolisme menurun. Haba pun kurang. Huu.
Ok, sungguh pantas sudah hari keenam berpuasa. Tapi tahun ini rasa paling best. Sebab hari pertama berpuasa rasa macam biasa je. Selalunya setiap tahun saya memang akan lembik semacam pada hari pertama. Sumpah lembik sampaikan terbaring-baring menunggu waktu berbuka. Saya siap pernah terfikir hendak ambil cuti saja setiap tahun pada hari pertama puasa. Tapi tahun ini memang tiada masalah langsung. Mental makin kuatkah atau fizikal makin hebat? Hmm. Apa apa pun alhamdulillah.
Saya sebenarnya sangat teruja minggu ini. Semalam mendapat perkhabaran bahawa kad kahwin telah siap. Maka tidak sabarlah menunggu ketibaannya. Yey! Tak sabar nak tengok hasil akhir dalam bentuk fizikal. Tak sabar juga nak menjemput semua. Hehe. Bagus siap awal-awal ni. Boleh edarkan pada saudara mara masa hari raya. Kurang sikit kos pengeposan. Sekarang ini saya berdebar menunggu hasil akhir baju nikah pula.
Hujung minggu lepas adik saya pulang berpuasa bersama. Tiba-tiba dia cakap kalau ikut bulan lagi sebulan lebih je hang nak kahwin. Tapi kalau ikut hari lagi berapa hari je eh? Erk, saya pun mengira dalam hati. Iye tak iye, lagi 45 hari je. Eh eh, rasa macam kejap sangat je lagi. Betul ke nak kahwin ni? Sudah bersedia ke ni? Aaaaa...
Maka haruslah saya menyemak semula persiapan saya. Bukan dari segi material saja ye, tapi macam-macam lagi. Sebab perkahwinan itu macam suatu transisi dalam hidup. Banyak benda akan berubah. Banyak benda saya perlu belajar. Saya harap saya akan berjaya menghadapi perubahan-perubahan itu nanti.
Oh, tetiba rasa lebih berdebar...
2 comments:
erk, 42 hari lagi..terasa lebih berdebar jugak la =p
nice new layout wak..sejuk dan suci je, hehe..
heee=p
nice eh. boring dh kaler2. keeping it simple now ;)
Post a Comment