Tuesday, February 8, 2011

Hati Girang

Lately hati sangat gembira. Hidup pun makin riang sebab suami sudah ada di sisi. Constantly. Bukan berenggang macam kutub utara dan kutub selatan lagi. Harap lepas ni hidup dapat slowly lebih tenang sebab sudah berapa bulan sangat letih berulang-alik sana sini.

Tenang-tenang pun hidup dah tak macam dulu. Sekarang sudah perlu jaga makan minum suami, pakaian suami dan banyak hal ehwal rumahtangga yang lain. Sekarang tak boleh bangun tidur sembahyang subuh kemudian tidur balik sampai ngam-ngam cukup masa mandi, seterika baju dan pergi kerja. Sekarang tak boleh campak tudung, campak beg lepas balik kerja kemudian terjun atas sofa depan tv sampai Maghrib. Sekarang tak boleh sesuka hati balik rumah lambat merewang sana sini lepas habis kerja.

Macam pagi ini hari pertama suami mula kerja di hospital baru. Hari-hari dia kena berulang sejam ke tempat kerja. Pukul 6.30 dah siap sedia keluar rumah. Maksudnya pukul 5.30 saya sudah bangun nak siapkan sarapan dan keperluan dia. Rutin harian saya lah selepas ini. Cayalah! Selamat tinggal waktu tidurku.

Tetapi saya suka. Saya rasa bahagia dapat layan suami. Seronok dapat sarapan sama-sama pagi tadi. Saya suka sebenarnya 'classic' married life. Isteri dengan peranannya dan suami dengan peranannya. Saya suka household chores (harap sampai bila-bila). Tak sabar nak masuk rumah sendiri. Sekarang masih duduk rumah mak ayah saya lagi. Masih seronok makan masakan mak lagi. Tapi cadangnya kami mahu duduk rumah dekat pinggir bandar, lebih senang suami saya berulang.

Sekarang macam mengantuk sungguh. Iyela, masa tidur saya sudah kena potong sejam. Tapi tidak apa, yang penting balik kerja nanti dengan pengetahuan akan jumpa suami. Dapat peluk suami dan kongsi cerita seharian masing-masing. Kemudian nak tidur di pangkuan suami. Wahh, ngantuknya!


::Posted using BlogPress from maiefa's iPhone::

No comments: