Wednesday, April 6, 2011

Sang roti yang hebat

Aku suka dengan roti. Sangat suka. Sebab aku rasa banyak cara boleh manipulasi roti itu. Bukan hanya sapu mentega kacang saja. Yang penting minda kreatif. Boleh imaginasi apa-apa saja. Kadang-kadang kreatif saja tidak cukup, mesti ada usaha. Sebab kau kreatif macam mana pun tapi malas mahu masuk dapur maka tidak jadi juga.

Mungkin kamu perasan dulu aku guna ganti nama diri 'saya' bila menulis dalam bahasa Malaysia. Tapi sebenarnya aku rasa palsu dan lain macam. Kalau urusan rasmi atau dengan orang lebih berusia tidak mengapa. Jadi untuk mengelakkan rasa geli-geleman dengan diri sendiri, lebih baik aku berbahasa seperti yang aku biasa. Tiada peliknya pun, aku rasa ini norma lingua franca ramai saja orang kita. Cuma aku cuba tidak menulis dalam bahasa pasar, singkatan atau slang. Waima bila menulis dalam bahasa Inggeris sekali pun. Aku tidak suka. Biar ayat yang kita tulis itu indah dan sedap dibaca. Ini bukan kerana aku perfectionist. Cuma mungkin dulu aku punya guru bahasa yang hebat dan secara tidak langsung mengajar aku menghormati bahasa.

Berbalik pada kisah roti tadi. Aku selalu buat bekal pagi-pagi untuk Fazrul bawa kerja. Kami berdua memang boleh hidup dengan roti saja. Sebab utama hendak jaga kesejahteraan perut. Sebab lain mestilah sebab senang mahu sediakan. Jadi pagi tadi teruja mahu buat piza mini. Lagipun ada oven baru, semangat itu lebih sikit. Hehe.


Ini bukan piza. Ini sarapan lewat pagi sabtu. Bakar roti dengan garlic spread. Goreng telur kuning cair. Tempek atas roti, tabur lada hitam. Siap.


Cara-cara:

1. Guna roti putih biasa atau roti serat kalau mahu. Sapu garlic spread dan sos tomato.
2. Letak 2 hirisan keju. (Sekeping keju hiris 4)
3. Tabur apa saja inti yang kau mahu. Aku letak hirisan tomato, capsicum, white button mushroom, sosej, udang seekor.
4. Tabur lada sulah dan lada hitam pula.
5. Letak baki 2 hiris keju tadi di atas.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 10-15 minit.

Nah, senang bukan?


Gambar macam sama dengan yang atas. Sengaja mahu tunjuk oven baru aku yang gagah di belakang itu. Hehe.


Sebelum


Selepas



Seorang dua keping saja. Kalau lebih, sudah bukan jaga kesejahteraan perut namanya.

Ini salah satu cara senang untuk manipulasi roti. Kalau kau mahu, macam-macam cara kau boleh buat sebenarnya. Ok?

Nampaknya semenjak kahwin ada pula entri resipi. Sebelum kahwin pun sebenarnya boleh juga. Tapi masa itu ada banyak obsesi lain yang perlu cerita. Jadi lepas ini kalau rajin aku cerita resipi lain pula ya. Kiranya sesuai lagi dengan tajuk blog ini. Sedikit tentang ini, sedikit tentang itu. Boleh?

::Posted using BlogPress from maiefa's iPhone::

1 comment:

baini said...

voley2,:p