Saturday, December 19, 2009

Salam 1 Malaysia!

Hehe. Tajuk poyo. Alhamdulillah, telah selamat kembali ke Malaysia hari khamis lepas. Tak sangka sangat rindu pada Malaysia, terutamanya makanan. Ahaha.

Saya pergi ke New Zealand atas ajakan seseorang dari tahun lepas lagi untuk sama-sama bercuti sambil menghadiri konvokesyen adiknya di Universiti of Otago. Kembara 2 minggu kami di New Zealand dan kemudiannya transit di Melbourne, Australia adalah sangat seronok dan suka untuk saya kongsi di sini. Sepanjang perjalanan juga saya menulis travel log untuk membantu memori. InsyaAllah bila berkesempatan akan dikongsi, banyak juga pengalaman menarik berjalan di negara yang majoriti bukan muslim. Apatah lagi kembara kami secara 'roadtrip' iaitu kami memandu kereta sewa dari satu hujung NZ ke satu hujung lagi. Cara paling mudah untuk truly absorb the places and scenery=)

Tapi mula-mula saya nak kongsi penemuan terbaru saya di sana. Adik encik boyfriend telah berkongsi sebuah album nasyid yang sungguh indah. Penyanyinya Maher Zain, berasal dari Lubnan tetapi menetap di Sweden dari kecil. Saya jatuh cinta dengan musik beliau. Nasyid moden dengan irama segar tetapi mesejnya sampai terus di hati. Sepanjang roadtrip kami, cd itulah yang dipasang berulang kali tetapi tak jemu mendengar beliau memuji Allah, berselawat ke atas Rasulullah S.A.W serta menyampaikan mesej-mesej Islam yang lain. Suara beliau memang lazat lah.



Ini yang paling saya suka. Selawat ke atas Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W. Subhanallah, sayu mendengarnya.



Yang ini juga sangat indah. Mendengarnya sambil mata menatap keindahan bumi NZ dalam perjalanan panjang melalui gunung ganang, tasik dan pokok-pokok hijau yang sememangnya sangat indah Subhanallah menerbitkan rasa syukur dan keinsafan pada kebesaran Allah. Alhamdulillah.

Saya berusaha mencari di YouTube kerana rugi rasanya kalau tidak berkongsi dengan muslim yang lain. Oleh itu, anda boleh la meneruskan mendengar lagu-lagu beliau yang lain. Semuanya ada di YouTube dan semuanya sangat indah dengan makna yang baik dan memberi keinsafan.

InsyaAllah =)

2 comments:

hailwa said...

pe'ah..bestnya g nz!! salam 1malaysia..hahhah :D

~maiefa said...

hailwa! haah, best sgt. nz sgt cantik weh. seriously recommended. sila pegi jika ada peluang. hehe ;)