Perkara wajib buat
Tiba-tiba terasa ingin mensenaraikan beberapa perkara yang wajib anda buat sekiranya berpeluang ke luar negara. Bagi pendapat sayalah. Hehe. Baik, mulakan!
i. Makan buah-buahan tempatan
Yang ini memang sangat wajib. I mean bila lagi? Saya sangat percaya local fruit is best eaten locally. Tentu saja kerana faktor cuaca dan kesegaran, maka anggur, kiwi, strawberi, blueberi, raspberi, ceri dan segala jenis beri lagi bagi saya sangat sedap sekali. We made a point to buy each fruit everytime we went to the grocery store or everytime we had the chance to went to the fruit's farm. Our favourite is cherry! Buah ceri sangat sedap rupanya. Sangat fresh rasanya. Kalau buah ceri yang selalu jadi hiasan atas kek itu saya cukup tak suka sebab sangat manis dan pelik rasanya. Sudah preserve kan. Tapi buah ceri yang asli memang sangat sedap. Percayalah. Hehe.
Enjoying cherries at Oamaru
ii. Drive yourself
Kalau boleh, cuba mengembara secara roadtrip. Seronok weh drive sendiri. Senang nak berhenti tiba-tiba bila jumpa tempat (atau kedai ;p) yang best. Senang nak menikmati pemandangan. Seronok juga sebab kita sendiri boleh tentukan destinasi yang kita nak pergi. Memang la perlu usaha lebih sedikit, buat kajian mana tempat-tempat menarik, rancang aktiviti sendiri sebelum pergi tetapi lebih seronok bila tidak terikat dengan tourist agent sebab bukan semua yang mereka rancang menarik bagi kita.
Encik tunang makan kebab ;)
iii. Makan kebab..haha
Ok, mungkin macam lawak tetapi bukan senang nak jumpa kebab sedap di Malaysia. Hehe. Kebab salah satu pilihan popular apabila susah untuk jumpa makanan halal yang lain. Biasa dijual di restoran turki. Selalu di Malaysia makan kebab ayam atau daging pasar malam rm2.50 yang dalam roti pita bentuk macam sampul tapi di sana, kebabnya lagi besar dan isinya banyak. Dalam roti pita gulung macam twister kfc dan ada banyak pilihan. Pernah dengar kebab kacang dal? Hehe. Yang paling best bagi saya ialah lamb kebab. Fuh, terasa kekambingannya. Lazat!
Sweet roses at Lady Norwood Rose Garden
iv. Visit each garden or park
Ini pun sangat rugi kalau tak buat. Sebab segala bunga-bunga yang gorgeous yang kebanyakkannya tiada atau sangat mahal di Malaysia sudah berkumpul di sini. Orang-orang mat saleh biasanya really appreciate flowers maka dalam satu bandar pun boleh ada banyak taman. Wahh, best sangat duduk lepak-lepak dikelilingi bunga. Kami sempat pergi ke beberapa botanic park dan rose garden. Oh my, I would never forget the sight and smell of hundreds of roses of every colour at the Lady Norwood Rose Garden. Absolute heaven! Yang bestnya taman-taman ini dijaga dengan sangat rapi hingga binatang peliharaan seperti anjing atau kucing tidak dibenarkan dibawa masuk. So, sangat bersih dan rumputnya clean and clear untuk duduk dan berbaring-baring. A great picnic spot.
the Shire! Hobbiton village!
v. Take your time and enjoy the places. Not the souvenir shop!
Fret not, boleh shopping. Hehe. Tapi janganlah sampai setiap souvenir shop pun nak masuk. Bagi saya lebih baik allocate satu masa untuk shopping puas-puas. Kemudian berjalan-jalan tengok tempat puas-puas. Lagipun kebanyakkan barang-barang souvenir adalah made in china. Ceh ;p
Apa lagi? Bila ingat akan sambung senarai boleh? Till then ;p
2 comments:
sangat suka suggestion no.1! and to me it includes local delicacies tp mungkin xsemua yg boleh dicuba sbb xhalal huhu..dan ini menyebabkan suggestion 3 menjadi wajib, sbb selalunya makanan halal yg paling2 ada sekali adalah kebab
tula, x dpt nk cuba sbb x halal. pastu bila jmpe malaysian restaurant, jd excited gle. hehe.
Post a Comment