Thursday, April 1, 2010

.:Tempat Idaman:.

Greece. Satu tempat yang sekian lama menjadi idaman di hati saya untuk menjejakinya. Semasa mula-mula kenal dan jatuh cinta dengan Greece adalah kerana keunikan bangunan dan rumah-rumahnya yang berwarna putih bersih dan pintu-pintu dan tingkapnya yang semuanya biru di lereng-lereng bukit. Bangunan-bangunan itu pula seperti diukir dari batu bukit itu sendiri. Unik sangat. Berdepan laut biru cemerlang pula menjadikan pemandangan itu sungguh hebat. A heaven for great photography experience I must say.

Banyak juga filem-filem yang dirakamkan di Greece dan menontonnya membuatkan saya jatuh suka lagi. Cantik sungguh Greece tak terkata. Boleh rewind balik kadang-kadang dan pause semata-mata nak drool over the lovely buildings. Tengoklah Mamma Mia, Sisterhood of Travelling Pants dan juga Chalte Chalte. Eheh. Cerita hindi memang kesukaan saya juga.

Dalam Mamma Mia memang terpukau dengan pantai-pantai dan pulau-pulau di Greece. Cantiknya. Bersihnya. Hidup macam carefree sangat. Kemudian gembira sangat dapat tengok interior of the white houses dalam Sisterhood of Travelling Pants. Selama ini asyik tengok luaran saja. Bahagian dalam pun cantik and sweet. Sudahlah saya sejak azali memang minat dengan interior design. Boleh menatap lama-lama dan berangan bila jumpa gambar rumah cantik. Alexis Bledel itu pun cantik. Sesuai pergi Greece yang cantik. Saya excited sangat bila dia sudah sampai rumah neneknya di Greece. Cepat la masuk! Cepat la masuk! Hehe. Dalam cerita itu Alexis minat melukis. Jadi dia banyak duduk lepak-lepak dalam bilik putih cantik atau dekat balkoni putih cantik sambil melukis. Saya pula berangan kalau saya di situ, pasti sedang lepak-lepak baca buku. Ah, tenangnya.


Stark white and blue. Cantik!

Cantik kan!

Huu, cantiknya.


Tengok! Macam mana mereka buat rumah ini.


Ini impian saya. Doa ada rezeki lebih. Satu hari saya pasti pergi. InsyaAllah.

:: Gambar-gambar semua di'google'. Minta izin ye tuan punya.
Hmm, nanti ada pula tuan punya yang tidak faham bahasa melayu.
(All pictures googled. No intention of abusing copyright whatsoever. Thank you for taking lovely pictures =) )


4 comments:

aryuelz said...

waahh..cun gile!! nicq pn msti suke ni=p

gmbr yg second tu teringat Minas Tirith dlm LOTR..sure inspired drpd cni, hehe..

err..insyaAllah wak..jom!! =)

~maiefa said...

haah la, mcm minas tirith ek..gigih btul atas bukit. dlm mamma mia kan church yg ptt sophie kawin tu pn atas bukit cmni. jenuh panjat. hehe.

jom wak!! amiiin=)

Ana said...

Indah, nyaman & tenang.. Suka berangan tgk rumah cantek jugak!!

~maiefa said...

kan! nature at its best=)