Thursday, April 15, 2010

Ilmu Kahwin

Hari ini hari pertama saya bekerja bagi minggu ini. Hujung minggu baru ini penuh dengan aktiviti menimba ilmu. Dimulai dengan ilmu kahwin pada sabtu dan ahad kemudian diikuti dengan ilmu biometri dan perimetri di hospital Selayang dari isnin sampai selasa. Ilmu mana paling seronok dipelajari? Meeeestila .....Hehe. Ala, dua-dua pun seronok.

Jadi saja mahu kongsi pengalaman pertama kursus kahwin saya. Eh2, macam ada pengalaman kedua pula ya. Sijil kursus kahwin oleh JAWI diiktiraf di seluruh Malaysia tanpa tarikh luput. Jadi pergi sekali saja cukuplah. Tapi kalau rasa rajin mahu menuntut lebih, pergilah berulang kali di merata tempat pun. Tiada siapa larang.

Saya memang cerewet sikit. Mahu pergi kursus kahwin pun bersungguh buat kajian di internet. Survey dan baca pengalaman orang sana sini. Cari di mana rasanya boleh dapat ilmu paling maksimum. Oleh kerana saya rasa perlu untuk menghadiri kursus kahwin bersama-sama, jadi di Kuala Lumpur lebih senang buat saya dan si dia. Akhirnya kami memilih untuk menimba ilmu di Masjid Negara. Walaupun ada banyak lagi tempat lain yang mendapat kelulusan Jakim untuk menganjurkan kursus kahwin, namun saya suka dengan keberkatan menuntut ilmu di masjid itu sendiri.

Kursus kahwin di Masjid Negara ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam. Semua penceramah-penceramah yang terlibat adalah dari Jakim atau Jawi sendiri. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan ilmu dan input dari mereka. Masing-masing pun penceramah berpengalaman. Walaupun satu hari setengah memang tidak cukup untuk betul-betul khatam segala macam topik wajib dalam kursus pra perkahwinan. Namun sekurang-kurangnya ada banyak perkara asas dalam agama, nasihat dan peringatan yang saya pelajari. Mana mungkin semuanya hendak diajar orang kan. Pandai-pandailah menambah ilmu sendiri dengan pembacaan dan sebagainya. Seharusnya kitalah yang harus bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Kalau masing-masing ada kesedaran itu, alhamdulillah.

Jadi, sudah selesai satu perkara dalam senarai panjang saya. Kursus kahwin checked! Moving on! Hihi ;)

:: Cantiknya Masjid Negara itu. Sayang betul kamera tertinggal. Isk2..

2 comments:

aryuelz said...

uish bz nyer wiken die..xci keje 2 ari je =p

tula sayangnye nicq tertinggal..x dpt amik bukti org tu 1st time smpi masjid negara, hehe..

kay, proceed to the next thing on the list wak..err ape ek? =p

~maiefa said...

hehe. jgn jeles. hari ni i coti lagi. daulat tuanku!;p

the next thing? hmmm, shopping! hee~