Thursday, March 4, 2010

Sunshine

When I wake up in the morning
Sunshine's falling on my skin
And I call you up to tell you
What a happy mood I'm in

Feel the rhythm in my body
And sing is all I wanna do
I feel the day will bring me sunshine
For it's another day with you

_Nikki Daniels_



Sudah sebulan dua hari kami bertunang. Tapi terasa macam baru minggu lepas saja cincin disarung. Hehe.

Sebelum ini tidak pernah komplian memakai cincin. Sebiji cincin emas pun tak ada. Kalau cincin silver ada la dalam sebentuk dua. Masa dulu barang-barang kemas silver kan agak popular. Jadi sibuk nak beli juga. Tapi pakainya berapa kali saja. Di rumah saya lebih selesa dengan bare hand. Bila sudah kerja pun serupa. Di klinik sentiasa mahu cuci tangan selepas jumpa pesakit. Jadi malas mahu pakai cincin. Nanti kena pakai buka pakai buka. Kalau tak buka takut rosak kena Surgi Scrub.

Tapi selepas dirisik dan bertunang, semangat mahu pakai cincin. Hehe. Biar la pakai buka pakai buka di klinik pun saya rela. Perasaan memakai cincin tunang ini lain rupanya. Selain faktor mahal (emas mana yang tidak mahal sekarang kan), mungkin faktor kasih sayang yang terkandung dalam cincin-cincin itu. Saya suka cincin tunang saya. Suka amat. Terima kasih sweetheart =)

Sekarang sudah bulan tiga. Persiapan baru beberapa peratus. Hmm, banyaknya benda perlu fikir dan buat. I must say we're going through a most exciting and sweet journey in our life. Come on wak! Brainstorm! Hehe.

:: Picture of sunflower by him from a visit to Laman 2008

No comments: