Friday, June 11, 2010

Hey, single ladies!

Seorang kawan saya telah menyenaraikan senarai nama single ladies of STFian batch 959 dalam notes di FB. There's still about 50% of us and senarai itu melegakan hati ramai orang. Pastinya yang di dalam senarai lah. Hehe.

Sekian lama kaum wanita sentiasa resah dengan persoalan bila nak kahwin. Biasanya soalan ini mula mengasak seawal mula bekerja. Baru habis belajar, sudah dapat kerja so what's next la kan. Awal-awal boleh lah jawab 'insyaAllah' atau 'muda lagi' atau 'mahu kumpul duit dulu'. Tapi lama kelamaan bila selalu diasak, boring tau. Showing your concern? Please, we don't need it. We are trying okay, so let us be.

Disebabkan hal ini, kadang-kadang rasa malas mahu ke kenduri-kendara. Tidak kisah lah kenduri keluarga atau kenduri jiran tetangga. Asal jumpa saja tak ada soalan lain dah. Rimas tau rimas. Tapi selalunya dengan mak-mak saudara saya boleh tahan lagi. Sebab dah macam mak sendiri. Bila ditanya oleh orang-orang sebaya atau sekitar usia yang saya tak boleh tahan dah. Biasanya mereka ni dah berkahwin. Kadang-kadang baru saja kenal pun. Masa kursus ke contohnya. Tau saja masih bujang terus pop! "Bila lagi nak kahwin?" Haish. Kadang-kadang saya rasa orang sebegini tidak faham perasaan orang lain. Mungkin kerana rezeki mereka berkahwin awal. Tidak pernah rasa tekanan soalan kontroversi ini. Akhirnya kalau ditanya, saya cuma diam dan senyum sopan saja. Tidak perlu susah-susah fikir jawapan.

Kenapa geram? Kerana kadang-kadang soalan ini dirasakan seperti menjatuhkan self esteem. Tau la dah kahwin, seronok pula tanya-tanya orang lain yang belum ada rezeki. Sedih tau. Kebiasaannya juga soalan ini akan dituruti dengan tazkirah percuma tapi tidak diminta. Seperti "Jangan lambat sangat, itu sunnah Rasulullah" atau "Tunggu apa lagi, umur makin meningkat,banyak pahala lepas kahwin". Kami tahu ok, kami tahu. Bukannya kami sengaja. Paling geram lagi "Ko jual mahal sangat ni". Grrrr.

Tapi kalau yang bertanya itu pun masih belum kahwin, langsung tak sakit hati. Boleh buat lawak lagi. "Tunggu kad ko dulu" atau "Aku cop lepas ko lah" Kenapa? Sebab masing-masing dalam keadaan serupa. Jadi masing-masing boleh kongsi rasa, buat lawak dan tenangkan hati masing-masing. Masing-masing pun berjanji yang kalau kami sudah kahwin dan sudah makin tua nanti, kami tidak akan menyibuk bertanya soalan sebegini pada orang lain.


Mesej saya: Save it please, not everybody have the answer to that question. And it's not like we're not trying.

Kepada yang selalu bertanya kepada saya: Saya sudah ada jawapan. Saya bakal berkahwin tahun ini. Yay! Happy?

8 comments:

CikJa said...

just u wait for the next question after that... 'bila nak ada anak? or bila nak ada isi?' - in which aku aku slalu jawab.. ada, isi perut.. huhh!! - so irritating esp when it comes from makcik2 yg ada anak super laku + super fertile. bosan tul!!

nyorq said...

aku dulu sbb bercinta lama sgt,lg org slalu tanya "nk tnggu apa lg"..hisshh..langau2....hihihi..cant wait for ur wedding!! :D

yongE said...

ehehe soklan itu soklan standard kunun2 peramah laa kan untuk di tanyakan pada anak2 dara neh..huhu..tp smua org ada their own reason kan kalau kawen lmbt pun.. kalau memilih pun.. mungkin ada reason jugak..
sekarang dh stress skit2 je..huhuh tp harapla aku tidak menjadi orang yg tanya soklan begitu kat orang nnti..eheh
tak sbr nak gi kenduri peah..dah tau jalan..yeay..

masz said...

org Melayu mmg camtu kot. mcm aku, kawen a month apart from my colleague. tapi bila dia berjaya 'berisi' dulu, people at the office start membanding2. wah, itu lagi pressure. i just smile dan jawab. takpe, nanti saya usaha gigih lagi. hahhahaa.

p/s: congrates ye peah =) nervous tak nak tgu THE BIG DAY? hehe

~maiefa said...

ija: bosan kan. super fertile! hahah.

nyorq: *gasp* nervous! ;)

yonge: stress ek, mak aku pn stress org dok tny. haha. ko wat la senarai jawapan standard lak yong;p

masz: thanks! nervous gak neh =) haah, bab2 ni mmg org kita suka mbanding ek.

zaihah said...

hhehehe..agreed ngan comment thehealthinspector...next soklan cepu emas ble nak ader anak...
Friend of mine pernah bg idea cemane nak jwb soalan2 gtuh..tp agak keras jwpan nyer..

makcik2 kat kg: ble nak kawen??
diri sendri: ble makcik mati la..nak kawen ngan pakcik..

makcik2: ble nak kawen or ader anak
diri sendri: makcik tau ke ble makcik mati??..kalu tau, sy pon tau la ble jodoh n rezeki sy...

tp tersgt la kejam plak jwpan tuh ekkk..hahahhahhahha...rezeki kita siapa yg tau..so, let them go with wind..

~maiefa said...

zaihah: haish. kena get ready for that question lak eh. kejam seh jawapan kawan ko. tak tergamak lak aku nk jawab cmtu. hehe. i guess kita senyum je la. lantak ar nk tanya apa pun ;)

Ana said...

Setuju dgn Ija jgk esp the part yang superlaku + superfertile. Adoiii.. Zaihah, jawapan pertama tu klako giler arr..