Tuesday, October 11, 2011

Overwhelmed

Pernah rasa overwhelmed sebab terlalu banyak benda hendak buat dalam satu masa? Aku sangat rasa begitu sekarang. Lagi-lagi bayi kami ini akan menjenguk dunia lebih kurang 10 minggu saja lagi. Kalau ikut jangkaan full term la which is sangat berharap bayi ini full term sebelum dilahirkan. 10 minggu? *gasp* Kedengaran begitu dekat sekali.

Barang-barang bayi begitu costly rupanya. Baru ku tahu. Iye la, sebelum ini mana pernah membelek atau melepak di zon bayi kalau pergi shopping mall. Untuk satu pasang baju dan seluar newborn, paling murah pun RM14. Belum lagi jenama yang glamer-glamer itu. Satu hari newborn tukar baju berapa kali eh? Kalau beli lima-enam pasang sahaja, samada aku perlu basuh baju hari-hari atau pakaikan sepasang saja satu hari. Tapi kalau tidak tukar baju, masam la bayi aku nanti. Mana boleh, bayi aku mesti berbau wangi dan comel.

Hari-hari bila sempat akan menimba ilmu di internet mengenai bayi dan motherhood sampai aku jadi pening. Aku dah buat keputusan hendak fully breastfeed bayi ini nanti. Maka perlu bersiap sedia dengan breastpump. Oh my, sungguh banyak pilihan jenama breastpump yang ada. Jadi baca dan baca review lagi sampai pening. Akhirnya sudah memilih Avent Isis Manual dan sudah pun beli. Manual for working mum? Ya, kerana sepertinya breastpump elektrik ada banyak tiub perlu dipasang dan disteril setiap kali. Aku risau menjadi tidak sempat di klinik ini. Lagipun ramai juga orang berjaya dengan manual pump berbanding elektrik. Malah ramai juga yang dapat hasil lebih dengan perah guna tangan sahaja. Kita lihat nanti bagaimana. Adik aku pula beli Medela Swing. Nanti boleh la cuba dan bandingkan.      

Hari ini hari terakhir di Malaysia. Ewah. Tidak, bukan berpindah cuma meninggalkan negara selama 6 hari sahaja. Ibu mengandung ini tidak sedar diri mahu membawa perut buncit berjalan-jalan makan angin. Sungguh tidak sabar mahu menikmati percutian ini. Sebenarnya trip ini sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami. Walaupun mengandung sudah 30 minggu pada hari ini, aku mahu pergi. Kiranya honeymoon berdua sebelum jadi bertiga. Lepas ini, kita honeymoon dengan baby. Yeay!

Ke manakah hala tuju penulisan ini? Biarlah merewang asal dapat melepaskan rindu menulis. Talian internet di rumah sungguh tidak memberangsangkan. Habis tu, rumah sewa di pinggiran bandar bersebelahan sawah padi. Ada sedikit capaian talian telefon pun sudah bersyukur. Fazrul ada bersuara hendak memasang streamix. Tapi nampaknya banyak keutamaan lain lagi. Jadi bagaimana hendak kemaskini blog? Mahu berblog di klinik seperti tidak patut kerana waktu kerja. Bukan seperti, memang tidak patut. Maka blog ini akan menjadi mangsa pengabaian sehingga bila tidak pasti.

Tetapi aku tahu pembaca-pembaca blog mesti suka baca blog yang constantly updated. In that case, I'm doomed.

No comments: