Terasa ingin berbicara dalam Bahasa Melayu pula. Ewah. Boleh ye? Hehe. Pulang dari Kelantan sudah seminggu namun tidak sempat untuk memasukkan entri kembara-jalan2-kenduri kahwin kali ini. Banyak pula gambar-gambar menarik yang ingin dikongsi bersama. Akhirnya gambar-gambar di bawah ini yang sempat di edit. Namun kebanyakkannya dari kamera handphone saya sahaja. Belum masuk gambar-gambar dari kamera si dia yang beribu-ribu lemon itu=p
Itu righty dan lefty. Sarung tangan yang amat berguna bila saya kesejukan dalam kereta. Hari hujan lebat pula. Yang bulat kuning itu pula ialah Kintaro. Hadiah hari lahir saya yang ke-25 dari si dia=) Oh, Kintaro Jr. ada di Kuching sana. Dari saya pula untuk si dia. Rupanya sama, berwarna ungu tetapi bukan plush toy sebaliknya versi keras dan boleh bergerak-gerak apabila terkena kuasa solar. Ala, yang biasa menjadi hiasan atas dashboard kereta itu.
Oh, sukanya gambar ini=) Si dia di sebalik layang-layang berwarna-warni. Gambar ini diambil di Pantai Cahaya Bulan. Agaknya baru kali kedua saya ke sini sepanjang hidup saya. Seronok dengan suasana tenang petang itu. Banyak keluarga bersantai menghabiskan masa sambil anak-anak kecil bermain layang-layang. Dia cuba mengambil gambar saya di balik layang-layang yang dipamerkan untuk dijual itu tetapi asyik tidak puas hati dengan hasilnya. Penat berposing, saya ambil gambar dia pula. Yang di atas itu la. Sekali ambil terus jadi. Pakai kamera handphone saja. Haha. Jangan marah wak=p
Ya, butterscotch memang sedap. Kami cinta butterscotch! ~Sungguh enak dimakan begitu saja~ (Baca sambil nyanyi lagu Gardenia itu tau=p)

Kan saya dah kata dia bulat=p


Yang kiri itu mafla baru saya. Yang kanan itu pula ex-mafla saya=p
Eh, gambar ini tiada kaitan. Saja mahu menunjukkan percubaan saya meniru gaya Harry Potter=p Ini semasa di Genting tahun lepas. Sejuk sangat la konon. Bercuti bersama Peeja dan Mar, kawan baik saya.::terasa skema bahasa melayu saya=p

6 comments:
betul..terasa skema membacanya..tapi sangat seronok, hehe..
percutian yang sangat menggembirakan, dan alangkah bagusnya kembara kita turut menuju ke selatan, kan? hehe..
oh ya, sy menulis komen ini sambil mungunyah butterscotch dan menyanyi lagu gardenia =p
tukang pukul gambar! haha!
saya sangat suka Gardenia Butterscotch juga!
aryuel: hehe..sekali sekala skema seronok juga..
terima kasih membawa saya ke selatan..walaupun sungguh berdebar. hehe. lazat amat masakan ibu awak=)
Am: haha=p
Yey! haunting kan rasa dia ;p
ala...kalo x bole je singgah umah kat jeli hari tu... ;)
ala..kalo x,blh im msk tomyam kat aku..hehe;p
Post a Comment