The first meal
Oleh kerana saya dan Fazrul masih duduk berjauhan, saya belum pernah berpeluang betul-betul memasak sepenuhnya hidangan lengkap untuk santapan suami saya. Bila di rumah sendiri selalunya bekerjasama dengan mak. Bila di rumah mertua pula mestilah bukan tukang masak dominan juga. Bekerjasama dengan ibu mertuaku pula. Rasanya peringkat awal ini tidak sesuai pula kalau saya take over dapur kan. Tak senang duduk ibu mertuaku nanti menantu sorang-sorang kerjakan dapur dia. Haha.
Semasa bertandang ke Kuching tempoh hari, kami menetap di homestay yang boleh kata lengkap perkakas dapurnya. Saya akhirnya berpeluang mengerjakan dapur secara dominan demi suami dan sesuap nasi (Huh?). Pagi-pagi ahad pergi pasar pagi untuk beli barang mentah. Dari malam sebelumnya dah pening berangan nak masak apa. Mungkin terlebih excited juga. Tema ialah makanan laut. Seronok juga pasar Kuching ini. Boleh tengok apa produk kampung tempatan. Gamat mentah-mentah pun ada jual. Ikan terubuk jangan cakap la. Tomato pula pelik sikit. Agak kecil dan kurang bulat. Lagi ada sayur pelik apa namanya saya tidak ingat dah. Akhirnya beli udang galah 2 ekor, udang sederhana setengah kilo, ikan bawal 2 ekor, kubis bunga, batang saleri, cendawan tiram, sayur kailan dan ikan masin jeruk. Apa menunya?
Adakah sama besar tapak tangan saya?
Udang galah sedang galak dibakar.
Saya seronok hendak cerita percubaan menu di bawah ini. Antara makanan kegemaran Fazrul. Seronok sangat sebab kali ini jadi. Pertama kali cuba di rumah emak tidak berapa jadi bentuk bebenangnya namun rasa sudah mantap. Kali ini cuba sampai jaya. Hehe.
Nyum nyum butter prawn. Er, bahagian atas itu agak garing sedikit. Tapi apapun rasa dia memang best. Terima kasih kepada kawan saya Ayin. Saya belajar dari blog dia lah. Cuba la jenguk. Gambar-gambar makanan dia sentiasa menggugat jiwa. Hehe.
Dekorasi cili bagai itu oleh Fazrul. Rajin eh :) Suami saya boleh tahan juga bab memasak ni. Dia la tukang masak tak berbayar di rumah sewa dengan rakan-rakan bujangnya.
Menu: Butter prawn, ikan bawal goreng halia dan bawang putih, kailan ikan masin, udang galah bakar. Kami bersantap penuh selera.
Eh, tadi kata beli kubis bunga, saleri dan cendawan tiram? Oh, itu saya buat rencah nasi goreng tomyam. Sarapan keesokkan harinya. Marvellous!
Seronoknya masak untuk suami dan masak-masak bersama suami. Saya harap tidak lama lagi akan dapat berita gembira tentang pertukaran tempat kerja suami. Saya boleh saja ke Sarawak tapi tiada posting pula. Dilema penjawat awam. Huuu.